POLA / PEMBENTUK BOXPLEAT
____________________________________________________________________________________________________________________________
BERMINAT DENGAN POLA / PEMBENTUK BOX PLEAT KAMI?
Jika berminat, baca betul-betul ukuran(ambil ukuran yang sama atau yang lebih sedikit dari ukuran trek) dan harganya dan buatlah pilihan yang mana satu anda inginkan dan ikuti langkah-langkah seperti di bawah ini untuk membuat pembelian :
ILHAM NISHA menyediakan 1 pola/pembentuk Box pleat berombak yang mana anda boleh membuat pilihan samada lipatan 3, 4, atau 5 inci dalam satu pola . Apabila telah di lipat ia akan menghasilkan ukuran seperti di bawah ini:
3. SMSkan kepada kami jika anda rasakan perlu dan inginkan tindakan yang lebih segera.
Kami akan membuat penghantaran sebaik sahaja kami mendapat pengesahan pembayaran. Kebiasaannya bungkusan anda akan sampai ke alamat yang di sertakan selama 2 atau 3 hari bekerja, namun ia juga bergantung di mana anda berada. Walaubagaimanapun penghantaran akan sampai selewat-lewatnya dalam masa seminggu(dalam Malaysia). Berikut adalah caranya penghantaran yang biasa kami lakukan dan yang terbaik:
Jika ada sebarang masalah dan kemuskilan sila hubungi kami di
atau
Telefon : 013 2129677(Pn. Nisha).
Hakcipta terpelihara © 2008 ILHAM NISHA
Bagi mereka yang tidak boleh, tidak tahu atau ingin lebih mudah membuat paten Box Pleat kami menyediakan pola/pembentuk untuk anda. Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan fabrik kami anda juga boleh membeli pola/pembentuk sahaja.
Kami menyediakan 3 bentuk pola boxpleat untuk anda seperti rajah di bawah.
CARA MENGGUNAKAN POLA ILHAM NISHA (BOX PLEAT)
Cadangan:
Untuk menghasilkan lipatan Box pleat yang cantik hendaklah di gunting memanjang kain langsir tersebut (tiada sebarang sambungan di bahagian tengah kain langsir.)
Pola Box pleat ini di sediakan separuh sahaja dari panjang sebenar kain langsir yang ingin digunakan. Oleh itu, untuk mendapatkan bentuk dan hasil yang memuas ikuti langkah-langkah di bawah ini.
1. Sebelum menggunting kain langsir, ukur panjang pola yang di sediakan dan di darab dengan 2.
2. Gunting kain tersebut memanjang(sepanjang hasil darab) dan mengikut ketinggian yang di ingini(rujuk rajah 1). Lebihan kain tersebut boleh digunakan untuk membuat boxpleat yang lain.
3. Lipat dua kain tersebut. Tindihkan pola di atas kain dan penitikan di sekeliling pola tersebut supaya ia tidak lari/bergerak. Lihat rajah 2. Pastikan tanda tengah di letakkan di bahagian tengah kain(tepi kain yang di lipat dua).
* Jika anda ingin membuat ketinggian boxpleat anda lebih rendah daripada pola tersebut maka lipat dan penitikan bahagian atas pola mengikut ketinggian yang anda inginkan.
4. Tandakan/gariskan mengikut bentuk pola sehingga selesai.
5. Gunting kain mengikut tanda/garisan tadi.
6. Bahagian atas kain, gunting sedikit (1/2 cm) di dalam ruang/tanda(bentuk bucu tajam) yang telah di sediakan(jangan di ikut bentuk bucu tersebut). Gunting setiap tanda yang di sediakan sehingga selesai.
7. Tandakan setiap guntingan tadi dengan nombor 3, 4, 5, berturut-turut mengikut tanda tersebut dan ulang semula nombor yang sama hingga ke hujung tandaan. Lihat rajah 3 di bawah.
ATAU
Tanda nombor tersebut pada tandaan yang ada pada pola mengikut cara di atas. Gunakan nombor yang anda tandakan sebagai panduan. Jika ingin membuat lipatan 3 inci, guntingkan pada nombor 3 sahaja atau seterusnya.
8. Tandakan dengan kapur/pensil untuk bahagian tengah kain(lipatan tengah kain).
9. Tanggalkan peniti. Jahitan tepi untuk bawah kain yang telah di gunting diperlukan.
10. Mulakan membuat lipatan dari bahagian tengah kain(tanda *). Lihat rajah 4. Guntingan c di tindihkan/temukan dengan tanda d, penitikan. Manakala guntingan b di temukan/tindihkan dengan guntingan a, penitikan. Maka jadilah satu lipatan dan teruskan cara yang sama sehingga ke hujungnya.
11. Begitu juga di sebelah kanan, mulakan membuat lipatan dari bahagian tengah kain( tanda * ). Lihat rajah 4. Guntingan e di temukan dengan tanda d, penitikan. Manakala guntingan f di temukan dengan guntingan g, penitikan. Maka jadilah satu lipatan dan teruskan. hingga kehujungnya.
12. Jahit jelujur bahagian atas boxpleat dan tanggalkan peniti satu demi satu hingga selesai. Pastikan di antara satu lipatan dengan satu lipatan yang lain rapat antara satu sama lain.
13. Ukurlah semula mengikut ukuran yang anda kehendaki. Jika ada lebihan panjang, pastikan di kedua-dua bahagian kiri dan kanan di buka lipatannya supaya menghasilkan bentuk yang sama di kedua-dua belah. Buatlah lipatan tepi kiri dan kanan untuk mencukupkan ukuran boxpleat anda. Setelah siap ia akan kelihatan seperti rajah 5.
* Teruskan dengan membuat cantuman pada pita penyangkuk.
Selesai
DENGAN HANYA MEMBELI SATU POLA BOX PLEAT YANG BERUKURAN PALING PANJANG(mengikut ukuran rumah anda), ANDA BOLEH MEMBUAT PATEN INI UNTUK SATU RUMAH ANDA[dari ukuran 2 panel(±4.5 kaki ke atas)].
Untuk mengetahui caranya, ikuti langkah di bawah:
a. Bahagikan seperti garisan putus di rajah 6 iaitu bahagian tengah/hampir tengah(bergantung pada tanda/guntingan lipatan yang telah di buat).
b. Tandakan di setiap lengkuk samada lengkuk ke atas mahupun ke bawah. Lakukan di setiap lengkuk sehingga meninggalkan 2 bahagian separuh bulat/lengkuk(sebahagian untuk bahagian tengah dan sebahagian lagi untuk tepi sekali)iaitu untuk ukuran paling minimum.
c. Lipat bermula dari tengah pola tersebut mengikut ukuran yang anda perlukan. Anggaran ± 2 kaki untuk ukuran penuh ombok manakala ± 1 kaki untuk separuh bulatan. Oleh itu anda boleh membuat anggaran/pengiraan sendiri, di garisan mana pola tersebut perlu dilipat untuk membentuk boxpleat yang lain. Ingat! bahagian yang di lipat adalah bahagian tengah kain.
d. Jika masih memerlukan ukuran yang lebih pendek dari lipatan pola tadi, kurangkan bahagian tepi pola(rajah 6) semaximum 15 inci.
e. Atau jika ada kekurangan pada ukuran yang di perlukan maka lebihkan/panjangkan di bahagian tepi sekali mengikut ukuran yang anda perlukan.
f. Lipatkan mengikut lebar lipatan yang anda inginkan. 1 tanda mewakili 1 inci jika anda mengunakan lipatan 3 inci maka 3 tanda perlukan untuk membuat 1 lipatan. Peniti bahagian lipatan dan pastikan ia selari/sebaris dengan tanda guntingan di bahagian atas pola tersebut.
g. Teruskan dengan mengikuti cara menggunakan pola dari nombor 1 hingga akhirnya.
* pola ini juga boleh di gunakan untuk ukuran pintu rumah. Fikirkan dan gunakan kreativiti anda untuk mengolahkannya.
PERINGATAN
* Elakkan menggunakan kain yang elastik(tekstur yang tidak tetap seperti bergetah). Bagi anda yang tidak mahir menjahit akan menghadapi masalah dengan kain jenis ini.
* Jangan di tarik-tarik /ditegangkan kain dan pola anda. Sapukan/ratakan seadanya. Manakala pola boleh di hilangkan kesan lipatannya dengan menggosokkanya menggunakan seterika dengan suhu rendah.
____________________________________________________________________________________________________________________________
Perlu juga kami ingatkan disini. Arahan / cara menggunakan pola akan di sertakan bersama pola yang anda beli. Berikut adalah cara-cara menggunakan pola seperti mana yang akan kami sertakan bersama pola tersebut, jika anda membeli pola kami.